Saturday, August 6, 2011

Emel Pemberitahuan

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, emel pemberitahuan telah dihantar ke emel semua peserta.
Semua yang telah mendaftar di borang pendaftaran KILAT dikira sebagai peserta KILAT 2011.
Mohon check emel masing-masing kerana di dalam emel tersebut banyak maklumat lanjut tentang KILAT 2011.
Kepada peserta yang telah mendaftar tetapi mengalami masalah/ tidak menerima emel pemberitahuan, sila nyatakan di ruangan comment beserta emel.

Kepada yang telah menerima emel pemberitahuan dan telah membacanya, amat digalakkan untuk berkongsi tentang isi kandungan emel tersebut dengan rakan-rakan( peserta KILAT) yang tidak berkesempatan untuk akses internet dan baca emel tersebut.

Segala kerjasama daripada peserta didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Semoga Allah merahmati kalian :)

Pihak KILAT 2011 amat berbesar hati menanti kehadiran semua peserta ke program KILAT selama 3 hari 2 malam.

Hati-hati menempuh perjalanan ke tempat program samaada jauh mahupun dekat.

Semoga Allah sentiasa bersama kita :)

Aktiviti Special Ikhwah

Assalamualaikum w.b.t

Kepada peserta ikhwah ( lelaki), insyaAllah akan diadakan satu aktiviti tukar-tukar hadiah sesama ikhwah.
Berikut dimaklumkan lebih lenjut berkenaan acara tukar-tukar hadiah ini.

1. Peserta ikhwah diminta membawa hadiah yang berharga dalam lingkungan Rm5-RM15.
2. Pembelian hadiah dari negara tempat anda belajar adalah amat digalakkan
3. Hadiah mestilah dibalut dengan cantik dan sedap mata memandang, mengikut kretiviti peserta.
4. Bersama-sama hadiah itu hendaklah disertakan surat untuk si penerima hadiah nanti. Peserta bebas menulis apa saja (sesuatu yang bermanfaat) untuk si penerima hadiah di dalam surat tersebut.

* Aktiviti tukar-tukar hadiah ini untuk peserta ikhwah SAHAJA. Untuk peserta akhwat ( wanita), jangan bimbang akhwat pun ada juga aktiviti special nanti :)

Friday, August 5, 2011

Akses Ke Tempat Program

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Intensif Lingkaran
Asia Timur ( KILAT) 2011 akan diadakan di Kolej Kelima Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Berikut dimaklumkan pergerakan peserta pada 15 Ogos 2011 nanti.

Peserta diminta berkumpul di stesen KTM Serdang pada waktu berikut;

Akhwat ( wanita) : 10 pagi
Ikhwah ( lelaki) : 11 pagi

Bagi yang menaiki kenderaan persendirian, anda diminta memaklumkan kepada AJK Pengangkutan bahawa anda akan ke tempat program menggunakan kenderaan persendirian dan dibawah disediakan peta ke Universiti Putra Malaysia dan seterusnya peta ke Kolej Kelima UPM.


Peta ke Universiti Putra Malaysia, Serdang.



Peta ke Kolej Kelima UPM

Juga disertakan alamat penuh tempat program bagi memudahkan pengguna GPS setting alamat;

Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia, Serdang
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.

Sebarang masalah berkaitan tempat atau pengangkutan bolehlah berhubung terus dengan;

Sarah Hasnol ( akhwat) : 012 - 631 2477
Johan Asyukri (ikhwah) :017- 6168251

Untuk memastikan kelancaran perjalanan ke tempat program nanti, peserta diminta untuk save nombor telefon AJK pengangkutan diatas dalam telefon bimbit masing-masing dan terus memaklumkan kepada AJK pengangkutan jika berlaku kelewatan dan sebarang masalah pada hari berkenaan.

Boleh kongsi maklumat dengan rakan-rakan ya!
Jumpa disana.. insyaAllah :)


Tentatif KILAT 2011

Assalamualaikum w.b.t
Disini dimaklumkan tentatif KILAT 2011 sebagai rujukan untuk para peserta;

15 Ogos 2011 ( Isnin)

10.00-14.00 : Ketibaan peserta
( setelah peserta berkumpul, solat jamak qasar ( zohor-asar berjemaah)
14.00-15.00 : Sebelum KILAT menyambar
15.00-16.30 :Slot 1
: 01- Qaedah Sulbah
: 00 - ISK Nusantara
16.30-17.00 : Solat Asar ( bagi yang tak boleh jamak )
17.00-18.30 : Slot 2
: 01- Qaedah Sulbah
: 00- ISK Nusantara
18.30-21.30 : Urus diri + Iftar Jamaei+ Maghrib+ Isyak+ Terawih
21.3o -2300 : Slot 3
: 01- Muqaddimah Muntalaq
: 00- ISK Nusantara
23.00~ : Kembara Mimpi

16 Ogos 2011 ( Selasa)

04.00- 07.30 : Qiam + Sahur+ Subuh+ Urus Diri
07.30- 08.30 : Tazkirah Ruhiyyah
08.30- 12.00 : Slot 4
: 01- Muqaddimah Muntalaq
: 00- ISK Nusantara
12.00- 14.00 : Qailullah + zohor ( jamak qasar dengan Asar)
14.00- 16.30 : Slot 5
: 01 -Muqaddimah Muntalaq
: 00- Shahadatul Haq
16.30- 17.00 : Solat Asar ( bagi yang tak boleh jamak)
17.00- 18.30 : Games Ukhwah
18.30- 21.30 : Urus Diri + Iftar Jamaei+ Maghrib+ Isyak+ Terawih
21.30- 23.00 : Slot 6
: 01- Muqaddimah Muntalaq
:00- Shahadatul Haq
23.00~ : Kembara Mimpi

17 Ogos 2011( Rabu)

04.00- 07.30 : Qiam+ sahur+Subuh+ Urus Diri
07.30- 08.30 : Tazkirah Ruhiyyah
08.30- 12.00 : Slot 7 ( Konklusi)
12.00- 13.00 : Sesi bergambar
13.00~ : Solat Zohor dan pulang

* Sebarang perubahan berkaitan tentatif KILAT 2011 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, InsyaAllah.

p/s: Jangan lupa berkongsi maklumat tentang tentatif ini dengan sahabat-sahabat anda ya.

Monday, July 25, 2011

Pendaftaran Ditutup

Alhamdulillah
pendaftaran KILAT 2011 telah ditutup
jutaan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar untuk menghadiri KILAT 2011
semoga Allah memilih kita semua untuk sentiasa berada dalam kehidupan yang diredhai
kepada yang telah mendaftar, nantikan emel pemberitahuan lanjut tentang KILAT 2011

Dimana KILAT 2011 akan diadakan?
Apa yang perlu dibawa ke program KILAT 2011?
nantikan emel pemberitahuan daripada pihak KILAT 2011

" Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim." [ Ali-Imran 3 : 102]

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak kepada semua.

Friday, June 17, 2011

Kenapa KILAT?

Ramai tertanya-tanya, kenapa aku patut menyertai program ini?
Adakah dengan menyertai program ini, aku dapat mengubah dunia ini?
.........


"Aku tidak mungkin dapat mengubah dunia ini. Walaupun aku menghabiskan
Segala tenaga dan kemampuan aku"

"Mengubah dunia, jangan bermimpi di siang hari!!"

"Perlukah aku mengubah dunia?"

.........

Kebanyakan kita tidak terelak dari memikir akan persoalan ini.

Kadang-kadang, kerana amat mustahilnya perubahan kepada dunia ini berlaku dengan serta merta, banyak memilih untuk tidak memikirkan persoalan ini.

Adakah anda ingin mengetahui akan jawapan kepada persoalan ini?

Kenapa anda tidak cuba datang ke program ini?

Mungkin dalam program ini, anda dapat merungkai persoalan tersebut....


Kursus Intensif Lingkaran Asia Timur

Program ini di anjurkan oleh AMIR(www.amirnet.org)

Sunday, June 12, 2011

... Dan Pancaran Kilat Menghampiri Kita;

Apa plan awak cuti musim panas ni?
Mari saya tunjuk sesuatu untuk awak;


video


Ya, ia semakin menghampiri...


video

Mesti awak nak pergi KILAT kali ni kan?

Yuk daftar yuk!!

klik sini untuk mendaftar;

ce klik ce klik :)


Selamat mendaftar :)